Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tun M Mengaku Ada Kaitan Dgn Pendedahan Terbaru DoJ?

$
0
0
Suara Kebenaran



Negara dikejutkan lagi dengan pendedahan terbaru Department of Justice (DoJ) United States semalam yang terus menyebut tentang dakwaan salah laku wang 1MDB.  Ini adalah kali kedua DoJ membuat pendedahan yang sama, kali pertama adalah pada Julai tahun lepas.

Ramai di kalangan rakyat begitu tertekan dengan pendedahan ini kerana ia memalukan negara sekalipun tidak ada sebarang bukti diberikan.  Dalam hal ini kita tidak memerlukan bukti kerana sistem kehakiman di United States sangat berbeza dengan negara ini.  Mereka ada sistem juri, sedangkan kita tidak ada.

Tun Mahathir menurut sumber Bersatu dalam reaksinya pula, mengakui tahu tentang semua butiran yang disebutkan dalam kenyataan terbaru DoJ ini.  Beliau bagaimanapun tidak menafi atau mengiyakan pertanyaan sama ada beliau mempunyai sebarang kaitan dengan pendedahan tersebut.

Begitupun sama ada Tun Mahathir ada kaitan atau tidak dengan pendedahan DoJ ini, bukan isu.

 Isunya ialah pendedahan ini sahaja sudah cukup untuk mendesak Najib Razak meletak jawatan kerana bukan calan-calang pihak yang membuat pendedahan ini tapi DoJ.

Rakyat Malaysia memang memandang tinggi apa juga yang datang dari United States kerana negara itu adalah negara terkuat dunia, baik dari segi ekonomi mahupun pertahanan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722