Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

DOJ Tidak Minta Maklumat 1MDB Dari SPRM

$
0
0
Rafa Azmir
-
DOJ

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menerima sebarang pemohonan bagi maklumat berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat yang memfailkan saman terbaharu bagi mendapatkan aset-aset didakwa diselewengkan daripada syarikat tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, sehingga hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang pemohonan mahupun makluman dari pihak DoJ .

“Selain SPRM, saya difahamkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara juga tidak dimaklumkan mengenai perkara itu. Ini kali kedua pihak DoJ bertindak sedemikian,” katanya ketika merujuk kepada langkah terbaru DOJ itu.

Sebelum itu, Dzulkifli melancarkan Program Sahabat SPRM di sebuah pusat membeli belah.

Ketika ditanya pemberita mengenai siasatan terhadap 1MDB, beliau berkata perkara itu berada di bawah bidang kuasa PDRM.

“Apa-apa yang berkaitan dengan 1MDB kita serahkan kepada polis dan siasatan masih lagi dijalankan, kita tidak mahu ‘overlaps’ (bertindih) kerja,” katanya.– Bernama



Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722