Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Pura-pura jual barang elektrik

$
0
0

Pura-pura jual barang elektrik
Proton Wira milik suspek ditemui di hadapan Pejabat Pos Gemencheh.
 
KUALA PILAH - Curiga dengan taktik menjual barangan elektrik dan kemudian memberitahu barang kemas yang dipakai mangsa palsu, akhirnya membawa kepada tangkapan sepasang 'kekasih' di persimpangan Gemencheh-Bukit Rokan, petang kelmarin.

Kejadian itu berlaku kira-kira 12 tengah hari di sebuah rumah di Kampung Gemencheh, Ulu Air Mawang.

Menurut sumber, mangsa berumur 92 tahun didatangi sepasang 'kekasih' berumur 46 dan 39 tahun untuk menjual barang elektrik, pada masa sama melihat barang kemas dipakai warga emas terbabit.

“Pasangan itu mahu melihat rantai leher serta gelang tangan dipakai mangsa dan berpura-pura beritahu ia palsu kerana tiada nombor siri.

“Mangsa yang terpedaya bersetuju memberikan barang kemas berkenaan kepada pasangan terbabit untuk dibawa ke kedai bagi mengesahkan ketulenannya dengan barang elektrik diberikan sebagai cagaran,” katanya.

Setelah pasangan itu beredar, mangsa rasa tertipu dan bertindak menceritakan apa yang berlaku kepada seorang cucunya yang datang ke rumah.
Barang kemas mangsa ditemui semula setelah suspek berjaya diberkas.
“Mangsa memberitahu pasangan terbabit menaiki kereta Proton Wira berwarna kelabu. Bertindak atas maklumat itu, cucu mangsa mengejar mereka sehingga ke Gemencheh dan akhirnya berjaya diberkas dengan bantuan polis Gemencheh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok mengesahkan kejadian berkenaan.

“Atas bantuan orang awam, pasangan itu berjaya diberkas jam 12.30 petang di lampu isyarat hadapan Pejabat Pos Gemencheh dan kesemua barang kemas mangsa dijumpai.

“Hasil pemeriksaan menemukan barang kemas iaitu seutas rantai, seutas gelang dan sebuah beg kecil mengandungi lima utas gelang. Harga barangan itu masih belum dikenal pasti,” katanya.

Jelasnya, siasatan masih diteruskan untuk mengesan individu berkaitan dengan kes yang menggunakan modus operandi sama.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pasangan itu direman mulai hari ini (semalam),” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722