Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Lagi persoalan berhubung lawatan Dubai TPM

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Dua anggota Parlimen pembangkang yang mengkritik lawatan “mewah” Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai berkata, penjelasan pejabat timbalan perdana menteri berhubung perkara itu menimbulkan lebih banyak persoalan.

Mereka membangkitkan kenapa pejabat Muhyiddin tidak menjelaskan keperluan membawa 17 pegawai bersama delegasi itu untuk lawatan lima hari minggu lalu.

Senarai itu didakwa meliputi pegawai yang tidak penting.

“Bukan sahaja keterlaluan menghantar 17 orang, lebih mengejutkan apabila mengetahui daripada 17 orang itu, tujuh daripadanya pegawai keselamatan (seorang pembantu peribadi dan seorang aide-de-camp).

“Selainnya meliputi pembantu peribadi seperti empat pegawai khas, dua setiausaha politik, setiausaha akhbar dan setiausaha peribadi,” kata Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) dalam kenyataan bersama semalam.

Mereka berdua membangkitkan tiada pegawai Kementerian Pendidikan terlibat dalam lawatan itu, walaupun Putrajaya mendakwa lawatan itu melibatkan pameran industri pendidikan.

Rabu lalu, Zairil dan Sim mendedahkan dokumen bocor menunjukkan lawatan Muhyiddin diisi dengan pertemuan “peribadi”, jamuan makan malam “tidak formal” dan dua lawatan ke padang golf.

Ekoran itu, pejabat timbalan perdana menteri menjelaskan, dokumen itu hanya draf dan Muhyiddin antaranya akan menghadiri pertemuan perniagaan dan pertemuan kerajaan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722