Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Gabung NGO untuk tingkat martabat petani

$
0
0
MUHAMMAD FAIZAL | FOTO WAN ZAHARI


SABAK BERNAM: Gabungan NGO Membela Hak Petani (GABETA) yang terdiri dari 15 NGO dari seluruh negara menetapkan empat objektif utama dalam menaikkan serta meningkatkan martabat golongan petani di negara ini.

Wakil kepada GABETA, Mohd Fuad Yaacob yang berucap ketika majlis perasmiannya di Dewan Dewan Seri Bernam, Sungai Besar malam tadi memberitahu antara objektif penubuhannya adalah untuk bersama dalam membela hak petani.

"Kita jadikan ia sebagai medan untuk membawa suara petani ke peringkat nasional dan menjadi badan pendesak bagi menuntut hak-hak petani yang diabaikan.

"Selain itu turut mengangkat martabat petani di tengah masyarakat dan negara," ucap beliau.

Antara NGO yang turut sama dalam GABETA adalah Maju Tani (Perlis), Bela Tani (Kedah), Badan Bertindak Pesawah Malaysia-BPPM (Kedah), Suara Tani Bangkit (Perak), Bela Nasib Pesawah Kita -BENTAK (Perak), Sahabat Tani (Selangor), Pakat (Selangor), Jejac Tani (Kelantan), Celik Tani (Terengganu) dan Gabung Tani (Johor).

Beliau turut menjelaskan melalui gabungan itu, satu idealisme baru dapat dibentuk supaya golongan ini tidak lagi dilihat kerdil dalam perjuang kepada pengeluar makanan asasi negara.

"Kita mahu mereka diluar mengenali siapa sebenarnya golongan petani. Kita tidak lagi boleh dianggap kerdil dan mereka perlu tahu kita sebenarnya perjuangan kepada pengeluaran makanan keselamatan negara," katanya.

Mohd Fuad yang turut menyatakan GABETA akan mengumpul sebanyak mungkin tandatangan golongan petani bagi menguatkan gabungan itu membawa suara rakyat ke peringkat yang lebih tinggi.

"Apabila banyak tandatangan kita kumpul, kerajaan pusat akan melihat kekuatan kita yang sebenarnya dan dengan cara ini mereka tahu setiap tuntutan akan ambil perhatian.

"Kalau kita ingin kuat kita mesti bersatu menyatakan sokongan barulah suara kita didengari oleh semua pihak, tidak kira siapa yang akan menjadi kerajaan selepas pilihanraya umum nanti perkara yang sama kita perjuangkan," sambung beliau.

Beliau turut menyarankan agar Kerajaan Negeri Selangor menjadi contoh kepada kerajaan pusat dengan menyalurkan simpanan sepertimana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada golongan petani setiap tan padi yang mereka keluarkan.

"Kalau satu tan petani mengeluarkan hasil, kerajaan beri RM50 untuk simpanan hari tua mereka dan ini setidak-tidaknya akan dapat mereka guna apabila tidak lagi menjadi petani.

"Saya yakin apabila ini dilakukan kerajaan negeri, pasti ia bukan yang mustahil untuk dilakukan oleh kerajaan pusat," tambah beliau lagi.

Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut dihadiri dari NGO-NGO peringkat negeri.

Hadir sama ialah Pengerusi Lajnah Asas Tani PAS Pusat, Datuk Amiruddin Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal. Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722