Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Gaji baru MB dipotong lebih 50 peratus

$
0
0

 Gaji baru MB dipotong lebih 50 peratus


SHAH ALAM - Gaji baru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipotong 51.54 peratus bersamaan RM15,074.85 selepas dikemaskini.

Perkara itu diumumkan Abdul Khalid sendiri dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini.

"Melalui enakmen pembekalan 2014-2013 yang telah diluluskan November 2013, sejumlah RM1,731,966,477 telah diperuntukkan bagi perbelanjaan perkhidmatan negeri 2014.

"Melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang telah bersetuju pemotongan gaji MB, Speaker, Ahli MMKN, Timbalan Speaker didepositkan dalam Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya.

Dalam keputusan Dun sebelum ini, gaji asal Menteri Besar sebanyak RM14,175.15 dinaikkan kepada RM29,250.

Namun kenaikan itu dikritik hebat pelbagai pihak.

Melalui keputusan MMKN, gaji dan elaun itu dipotong RM15,074.85 (51.54 peratus) menjadikan gaji kemaskini Menteri Besar sebanyak RM14,175.15 (sama dengan gaji asal).

Sementara itu, ahli MMKN, Speaker dan Timbalan Speaker turut dipotong antara 23.81 peratus hingga 33.34 peratus.

Namun tiada pemotongan dibuat terhadap gaji atau elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Difahamkan pemotongan itu telah bermula sejak Januari lalu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722