THE MALAYSIAN INSIDER
Tiada jasad untuk dikebumi, keluarga sukar terima kehilangan penumpang MH370
Pepatah lama Cina mengatakan,"Jika seseorang itu hidup kita perlu lihat untuk buktikan dirinya masih bernyawa. Jika mati, kita perlu lihat mayatnya."
Ramai keluarga mangsa penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih bergantung harapan agar bukti kukuh dikemukakan mengenai nasib yang terjadi kepada pesawat itu.
"Kami dan saudara yang lain masih tidak dapat lihat apa-apa, jadi bagaimana kami boleh berhenti berharap," kata isteri salah seorang penumpang Hu Xianqun seperti dilaporkan CNN.
Donna Carnes, 66, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mangsa pesawat MH370 tetapi beliau meluahkan sempati terhadap keluarga kru dan penumpang pesawat yang masih ternanti-nanti kepulangan jasad penumpang kembali kepangkuan mereka.
Tujuh tahun lalu, suami Carnes, Jim Gray, hilang ketika keluar belayar. Sejak itu jejak Jim langsung tidak pernah dijumpai.
Setiap kali terjadi sesuatu tragedi seperti MH370, Carnes berdepan dengan mimpi ngeri.
Beliau bermimpi mencari Jim di kawasan nenek moyangnya di Norway atau tempat lain yang dikira penting dalam hidupnya seperti di sarkas atau kawasan padang rumput luas di North Dakota.
Mimpi itu seakan benar dan merasakan Jim seolah-olah berada di sampingnya.
Malangnya dia tiada di situ, katanya kepada CNN.
Carnes tahu Jim mungkin sudah mati dan jasadanya berada di dasar lautan Pasifik, tetapi beliau masih menaruh harapan kemungkinan sebaliknya berlaku.
Katanya, beliau amat memahami perasaan keluarga penumpang MH370.
"Saya boleh luahkan apa yang mereka rasa sebelum sempat mereka berkata-kata," katanya.
Pertama kali MH370 dilaporkan hilang, Carnes mengikuti perkembangan berita setiap masa. Ada ketikanya dia terfikir pesawat itu mungkin akan dijumpai.
"Ada yang yakin mereka hidup di suatu tempat yang tidak diketahui. Saya fikir alangkah bagusnya mereka ada di sesuatu tempat di pulau dan Jim sedang berada bersama mereka?"
Namun sebulan selepas pencarian Carnes tahu satu hari ia mungkin berakhir, dan keluarga yang lain perlu belajar menerima hakikat bahawa jasad yang berada atas pesawat MH370 tidak mungkin ditemui.
"Masih tercari-cari? Anda perlu belajar untuk hidup dengannya," kata Carnes.
Beliau menggesa kepada pihak yang memberikan sokongan kepada keluarga terjejas supaya berhenti memberikan harapan.
Ken Druck, pakar psikologi dalam membantu mangsa terselamat sebelum ini memberitahu CNN bahawa ahli keluarga perlu mencari jalan untuk redha dan menerima hakikat yang jasad insan kesayangan mereka tidak akan ditemui.
"Sangat hiba, pada sesuatu ketika ia sangat menyeksakan kerana kita tak tahu sama ada mereka sudah mati atau tidak," katanya kepada CNN.
"Minda kita seperti komputer yang mencari data tetapi masih gagal jumpa apa yang dicari. Pada masa sama, mereka hampir ke tahap putus asa dan kemungkinan perlu meneruskan hidup tanpa insan tersayang."