Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kematian di penjara: Keluarga tuntut jawapan

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Anggota keluarga kepada N Harirajan, yang ditemui mati di Penjara Kajang pada 10 April lalu, menuntut penjelasan berhubung kes lelaki 34 tahun itu.

Timbalan pengerusi biro guaman PKR S Jayathas berkata, anggota keluarga berkenaan diberitahu oleh pihak berkuasa penjara pada hari Khamis lalu bahawa Harirajan meninggal dunia akibat AIDS.

Bagaimanapun, anggota keluarga berkenaan mempersoalkan penjelasan berkenaan kerana mendakwa melihat mayat Harirajan dipenuhi dengan kesan lebam di dada, kepala dan jahitan di atas mata nana dan kedua-dua telinga berdarah, kata Jayathas.

Beliau ketika dihubungi Malaysiakini berkata anggota keluarga tersebut diminta menandatangani borang untuk menuntut mayat tersebut.

Adik kepada Harirajan, N Harikrishnan, 31, enggan menandatangani dokumen berkenaan dan mahu bedah siasat dijalankan untuk menentukan sebab kematian abangnya.

Harikhrisnan turut membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Kajang.

Menurut Jayathas, satu bedah siasat dijalankan pada keesokan harinya namun laporan tersebut masih belum diperolehi.

“Keluarga si mati meminta laporan bedah siasat dari ahli patologi dan keluarga berkenaan enggan menerima mayat tersebut sehingga diberikan laporan bedah siasat,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722