Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kenyataan "Aurat Itu Subjektif" Fizo Omar Dikritik Hebat

$
0
0

alt
 
Mahirah Zakaria 
 
 
Selepas isterinya, kini Fizo Omar pula dibidas pengguna laman sosial apabila mengeluarkan kenyataan untuk membela isterinya yang juga merupakan anak kepada pengasas Tudung Jenama Fareeda, Mawar Abdul Karim.
 
Kenyataan Fizo Omar menerusi media tempatan dikritik apabila menyatakan aurat itu merupakan sesuatu yang subjektif dan cukup bagi dirinya kerana isterinya tidak berpakaian seksi.
 
"Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah.
 
"Isteri saya menjual tudung... bukan menjual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita yang sudah berhijrah untuk bertudung," kata Fizo.
 
Fizo berkata demikian ketika diminta mengulas tohmahan segelintir pihak yang menganggap pernghasilan tudung jenama Fareeda tidak mengikut cara-cara tudung yang dituntut dalam Islam.
 
Berikut merupakan sebahagian kritikan yang diberikan oleh pengguna laman sosial menerusi kenyataan Fizo itu.
 
alt
 
alt
 
alt
 
Terdahulu, Mawar mendapat kritikan pengguna laman sosial kerana mengeluarkan kenyataan bahawa pelanggan (wanita) seharusnya melihat kepada kemampuan diri jika ingin berfesyen.
 
"Nurkamisah Sharil : Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri. FAREEDA ada juga menawarkan scarves di bawah RM100. Jika tidak mampu menabung, dan jangan risau jika membazir sebab FAREEDA ada harga untuk preloved," bidas Mawar. ARTIKEL DI SINI
 
alt


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722