Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

GST tidak akan tingkatkan penyeludupan

$
0
0

GST tidak akan tingkatkan penyeludupanAhmad Bashah (kiri) menandatangani kain rentang sokongan dan doa kepada usaha pencarian pesawat MH370. - Foto Sinar Harian oleh Noor Faizal Ghazali


ALOR SETAR - Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan menyebabkan kes penyeludupan meningkat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, tidak semua barang dikenakan GST sebaliknya item tertentu yang disenaraikan sahaja.

Beliau berkata, kes penyeludupan adalah isu biasa dan tiada kaitan dengan GST seperti yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang.

"Barang keperluan harian tak kena GST. Jadi ia bukan isu yang boleh menyebabkan  penyeludupan meningkat," katanya ketika ditemui pada program mesra rakyat jawatankuasa perwakilan zon 1 (pusat bandar), di sini, hari ini.

Sungguhpun begitu, kementeriannya memandang serius kes penyeludupan dan mengambil pelbagai langkah penguatkuasaan dari semasa ke semasa.

Ini termasuk operasi bersepadu antara KPDNKK bersama agensi lain yang akan terus  dipertingkat agar kegiatan itu tidak berleluasa.

"Sekarang kita boleh lihat operasi dijalankan sama ada oleh KPDNKK atau jabatan kastam untuk memerangi penyeludupan petrol, diesel dan rokok.

"Melalui tindakan penguatkuasa ini membolehkan orang ramai melihat bahawa kita serius membanteras penyeludupan. Ini juga akan menyebabkan mereka yang terbabit lebih takut untuk meneruskannya," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722