MALAYSIAKINI
Kumpulan Kristian pribumi, Native Solidarity of Sabah (PAN) menyuarakan kebimbangan mereka terhadap proses Islamisasi masyarakat, termasuk kemasukan ramai warga asing, terutamanya orang Islam ke negeri itu.
Dalam kenyataan mereka hari ini, PAN memohon campur tangan Ilahi terhadap ketidakadilan terhadap masyarakat mereka.
“Ekstrimis agama awal tahun ini menggunakan penipuan untuk menipu saudara kita yang tidak bersalah dan buta huruf supaya tanpa sedar memeluk Islam.
“Tiga bulan berlalu sejak tindakan memalukan itu. Walaupun laporan polis dibuat terhadap mereka, tiada tindakan konkrit diambil.
“Ini hanya membuatkan kami menduga kumpulan ektremis ini menikmati sokongan dan perlindungan daripada beberapa orang yang berkuasa. Tindakan tidak adil dan penipuan ini mengancam keamanan dan keharmonian agama yang dinikmati di Sabah untuk sekian lama.”
Kenyataan itu ekoran sambutan Memangkis di Sabah, di gereja Pitas, yang menuntut pertukaran agama secara besar-besaran yang dilakukan secara penipuan dan tindakan itu mesti dibatalkan oleh pihak berkuasa tanpa berlengah lagi.
Mereka mengingatkan bahawa dalam Islam, seseorang itu harus diislamkan dengan penuh pengetahuan dan atas kehendak mereka sendiri.