KELAB GREENBOC
Tak tahu kita budaya apakah yang dibawa oleh kumpulan ini semasa kempen PRK Kajang yang lalu. Rata-ratanya mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam, malah ramai juga yang bertudung.
Apa ertinya majlis Selawat Perdana untuk mangsa MH370 yang kononnya dihadiri 500,000 orang jika pada masa yang sama anak gadis ini terkinja-kinja, tertonggeng-tonggeng di khalayak ramai?
UMNO benar-benar sebuah parti yang merosakkan anak-anak Islam, parti hipokrit yang menjatuhkan maruah umat Islam.
Sungguh memalukan, sungguh murah harga diri dan sungguh dasyat maruah gadis Islam masakini. Malulah kepada kaum bukan Islam (kerana umat Islam sepatutnya menjadi contoh teladan yang baik kepada mereka) jika anda tak reti nak merasa malu kepada Allah dan rasulNya.
SALAM 1M'SIA .. SALAM 1 ZUMBA.
Nampaknya setelah memerah otak cara mana nak menang PRK Kajang maka suatu idea yang cukup hebat telah dilontarkan oleh Puteri UMNO bagi meraih dan memikat sokongan anak-anak muda kepada calon BN.
Semasa PRK Sg Limau Kedah dulu caranya ialah kejar itik dalam bendang kini di PRK Kajang terlonjat-lonjat senam ala joget lambak.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah merasmikan Zumba Perdana Puteri UMNO di Kajang.
Dalam ucapannya cara ini boleh memberi kemenangan kepada calon BN pilihan dan pujaan UMNO Chew Mei Fun.
Caranya ialah "ZUMBA" suatu jenis senamrobik terkinjal-kinjal tergedik gedik .... Orang tua yang sakit tidak terdaya pun disuruh sama-sama berzumba.
Muhyiddin Yassin jua mengingatkan sayap parti itu supaya terus mendekati pengundi terutama wanita muda bagi memastikan kemenangan calon BN pada 23 Mac ini. -forum cari.com.my