Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Rakyat perlu semak kegagalan BN urus negara

$
0
0
Salmah Mat Husain 


KOTA BHARU:  Rakyat Malaysia perlu membuat keputusan untuk menyokong Pakatan Rakyat bermula dari sekarang berikutan kegagalan kerajaan BN yang ditunjangi Umno untuk memerintah negara.

Kenyataan Presiden Perkasa yang bersedia untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada Umno sebenarnya  mengiktiraf Pakatan Rakyat yang lebih mendapat sokongan rakyat, kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Muhammad Hafiz Musa.

Hafiz mengulas kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang memberi amaran  pertubuhan yang dipimpinnya akan menggantikan Umno jika parti Melayu itu gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Berucap dalam Persidangan Agung Perkasa ke-4, Ibrahim menyifatkan Umno sebagai lemah dan "tidak bertaring" dalam mempertahankan hak Melayu.

Hafiz seterusnya berkata, sudah tiba masanya rakyat menyemak kembali dimensi berterusan siri-siri kegagalan BN menjalankan amanah kerajaan sehingga menyusahkan rakyat.

"Dengan kenaikan harga barang, pelbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan termasuk tarif letrik dan tol tahun hadapan, rakyat perlu membuat pilihan bermula dari sekarang," ujarnya.

Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS negeri memohon jasa baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyemak tadbir urus perbelanjaan negara.

Pemuda PAS Kelantan turut mempersoalkan sayap parti Umno yang tidak produktif  mempertahankan rakyat.

"Tidak hairanlah jika tanpa malu, Perkasa menawarkan diri untuk menggantikan Umno bagi membela nasib rakyat," ujarnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722