Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Sabah akan bina lebih banyak Maahad Tahfiz

$
0
0
ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
 
KUDAT: Kerajaan negeri Sabah akan membina lebih banyak Maahad Tahfiz al-Quran di negeri ini bagi meningkatkan syiar Islam khususnya penghayatan al-Quran. 
 
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata institusi itu akan memberikan tumpuan terhadap penguasaan aspek hafazan, tajwid dan taranum selain melahirkan generasi muda Islam yang cemerlang akademik dan sahsiah serta mencintai al-Quran. 
 
Ketika berucap merasmikan majlis Tilawah al-Quran peringkat negeri di Dewan Tun Mustapha di sini malam tadi, Musa berkata pendidikan berlandaskan al-Quran dan sunnah harus dijadikan teras bagi melahirkan modal insan untuk memperkasa bangsa dan negara mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. 
 
Justeru, katanya, penganjuran tilawah al-Quran itu adalah wadah terbaik bagi membangunkan generasi yang cemerlang dan unggul dalam pelbagai bidang menerusi pemahaman dan penghayatan terhadap kandungan kitab suci al-Quran. 
 
Musa juga meminta umat Islam supaya mennghayati semangat dan prinsip kesederhanaan dan memperkukuhkan perpaduan melalui pendekatan kesederhanaan. 
 
"Ia bagi membolehkan kita terus mengecapi nikmat kemajuan dan kemakmuran, apatah lagi dalam konteks kehidupan kita dalam masyarakat majmuk," katanya. 
 
Justeru, katanya, semua pihak perlu mengelakkan perselisihan dan perpecahan untuk menjadikan umat Islam contoh terbaik dalam aspek kesatuan, perpaduan, kejayaan dan kecemerlangan. 
 
Di majlis itu, Zunaidi@Ady Misdaranai dan Soffizah Mousin masing-masing dinobatkan sebagai johan qari dan qariah peringkat negeri. 
 
Zunaidi mengatasi qari lain dengan memperoleh 86.33 markah manakala Soffizah dengan 85.33 markah dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000, sijil, hadiah iringan, kitab agama selain menunaikan ibadat haji atau umrah. 
 
Mereka akan mewakili Sabah dalam Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah Kuantan mulai 13 hingga 17 Mei depan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722