Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Hai-O Marketing Penipu & SCAM? Rahsia Jana Untung RM1 Bilion++ 3 Tahun Berturut-turut? Jutawan Hai-O, Upline & Downline “Hebat”!

$
0
0



Hai-O marketing



Hai-O Marketing Penipu & SCAM? Rahsia Jana Untung Lebih RM1 Bilion Untuk 3 Tahun Berturut-turut : Apabila keadaan perkembangan ekonomi yang dikhabarkan di media arus perdana terus berkembang pesat tetapi realitinya masih belum benar-benar dirasai “impak” oleh sebahagian besar rakyat Malaysia ditambah dek lonjakan kenaikan kos sara hidup di Malaysia, ramai yang sudah mula tercari-cari peluang pendapatan tambahan. Cumanya….

Cumanya nasihat Berita Semasa. Berhatilah-hatilah jangan menjadi mangsa “mereka”. Doktor pakar pun ada pernah nasihatkannya secara ringkat tetapi cukup padat (DI SINI)

Baru-baru ini Berita Semasa ada membuat semakan laporan berita terhadap satu perniagaan & bisnes MLM yang telah membuatkan ramai rakyat Malaysia termasuk kakitangan kerajaan, pelajar IPTA “terjerat” sehingga menjadi mangsa dan pelanggan setia Bank Rakyat (Bank Pilihan Anda, Saya Mesti Pilih).

Prestasi Bisnes MLM Syarikat Hai-O Marketing Terkini?

  • Hai-O Enterprise Bhd sebagai syarikat terbaik Asia Pasifik oleh Forbes Asia bagi kategori jualan di bawah AS$1 bilion (RM3.29 bilion) selama tiga tahun berturut-turut
  • Dikatakan anak syarikatnya, Hai-O Marketing Sdn Bhd terus mencatat pelbagai kejayaan hasil gabungan produk yang bagus serta corak pemasaran yang berkesan, menawarkan peluang perniagaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan risiko dan kos permulaan rendah serta pelan pemasaran adil, di samping pemberian insentif menarik kepada rakan kongsi yang menjadi pendorong untuk mereka bekerja lebih gigih
  • Walaupun Hai-O Marketing diasaskan oleh usahawan berbangsa Cina & adalah syarikat Cina, penyumbang utama kejayaan syarikat itu ialah pembabitan usahawan Bumiputera yang mewakili 90 peratus daripada keseluruhan rangkaian pengedarnya
  • Antara produk yang dipasarkan termasuk penapis air, pakaian dalam wanita, baja semburan, makanan dan minuman kesihatan, barangan kegunaan harian serta pelbagai produk lain
  • Hai-O Marketing yang ditubuhkan pada tahun 1992 adalah anak syarikat Kumpulan Hai-O yang tersenarai di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sejak 1996
  • Ramai yang mempunyai jawatan tinggi seperti doktor dan pensyarah sanggup meletak jawatan dan menjadi usahawan MLM Hai-O Marketing
Sumber : Berita Harian Online
Hebat bukan? Hanya dengan menjual beberapa produk seperti penapis air dan korset mampu menjana jualan sehingga lebih RM1 Bilion selama 3 tahun berturut-turut.

Rahsia Kejayaan Syarikat Hai-O Marketing + Teamwork Jutawan Hai-O, Upline & Upline “Hebat”!

Hai-O

Dan Berita Semasa tentunya percaya syarikat Hai-O ini berjaya untung berlipat kali ganda. Apa rahsianya?
  • Malam-malam orang-orang atas Hai-O Marketing akan mencari mangsa dan prospek mengajak keluar
  • Sekali prospek datang seorang di kedai mamak, tukang racun sampai 10 orang. Semua naik kereta mewah aka kereta syarikat
  • Akhirnya dek kerana prospek “lemah & tiada ilmu serta pengalaman” selepas diserang bertalu-talu oleh kalangan ahli Hai-O Marketing, esoknya prospek buat loan
  • Keuntungan yang melampau dek kerana prospek mesti beli 10 biji sekaligus dari HQ Hai-O dengan harga RM21,000 contohnya
  • Hakikatnya harga produk di`mark-up’ sehingga 4 bahkan 8 kali ganda dari harga yang sepatutnya. Penapis air made in Taiwan berharga RM2,100? Jauh lebih baik lagi Philips Water Purifier dengan harga RM700++ tidak silap Berita Semasa
  • Sedangkan harga sebenar penapis air Hai-O adalah sekitar……….Ehemmmmm….
  • Tetapi terpaksa jual pada harga yang tinggi semata-mata mahu menampung pembayaran komisen kepada agen-agennya
Andaikata anda berjaya jual 10 biji penapis air sekaligus? Berapa keuntungan yang anda perolehi?
  • Hai-O Marketing akan bayar RM3,000 kepada anda bonus
  • Anda akan perolehi semula modal yang telah anda laburkan untuk membeli 10 penapis air tersebut
  • Modal RM21,000 hanya dapat RM3,000? Itupun anda tidak dapat mengawal produk tersebut kerana ianya bukan milik anda sendiri, anda hanya agen sahaja.
  • Oleh sebab itulah proses yang anda perlu lakukan adalah berulang-ulang seperti di atas ini
  • Jual goreng pisang lebih senang dapat pelanggan dan hati lebih “tenang” dan “bahagia”
Bio Aura Hai-O 
Anda berjaya dapat RM3,000 untuk setiap 10 penapis air yang terjual, Hai-O Marketing berapa pula keuntungan mereka jikalau tidak……

Mustahil atau tidak untuk mereka menjana RM1 bilion setahun? Tidak….mereka telah buktikan. Terima kasih kepada kalangan downline Hai-O Marketing yang terus “berkerja keras” untuk kalangan mereka yang di atas sana

Tetapi jangan dilupa RM3,000 masih belum dikira sebagai keuntungan bersih. Anda perlu membayar kadar faedah pinjaman Bank Rakyat yang telah anda sanggup lakukan semata-mata mahu “menyertai” keluarga besar Hai-O. Kos perjalanan anda, kos makan santai andai di restoran dan kedai. Jadi berapa yang tinggal untuk anda?
  1. Orang-orang atas DCM bagai dan pelbagai pangkat lain senyum melihatkan orang bawah (downline) untuk menanggung makan pakai mereka, cara hidup mereka untuk terus kaya
  2. Yang downline pula yang baru nak berjinak-jinak untuk berniaga tetapi mahu cepat kaya terus teperangkap dan menanggung “personal loan”. Sekali lagi “Bank Rakyat” terus tersenyum lebar….
  3. Hebat….

Nasihat Berita Semasa Jangan Mula Berniaga Bisnes MLM Hai-O Marketing Dengan Pinjaman!

Teringat kata-kata Mark Cuban (Pernah menjual Broadcast.com kepada Yahoo dengan nilai US$5.9 Bilion pada 1999). Apa kata beliau?
“Only Morons start a business on a loan”
Kafirkan Mark Cuban ini, Berita Semasa? Ya…kenapa? Kasar bahasanya? Tetapi betul tidak apa yang beliau cakapkan itu? Dalam bahasa lembutnya, jikalau anda baru nak bermula buat bisnes, syaratnya jangan sesekali buat pinjaman.

Kesimpulan bagi Berita Semasa sendiri produk Hai-O Marketing ini front loading MLM. Front loading MLM ini money game sahaja. Barang itu hanya dijadikan sebagai wayang sahaja.
Dan satu lagi Berita Semasa tidak mengatakan bisnes MLM ini tidak bagus. Bagus cumanya kadang-kadang terdapat ramai sekarang ini yang sudah menjadi ahli terlalu taksub nak naik dan berjaya cepat :
  • Cara mendekati kawan-kawan, saudara-mara sehingga ramai yang terperangkap
  • Produk yang dijual bukan tidak elok, kebanyakkannya elok cuma harga itu tidak masuk akal, harga asal murah tetapi dijual berlipat ganda untuk menampung sistem-sistem bonus…..
P/S : Tiada jalan mudah untuk meniaga. Tiada istilah berjaya jika ingin cepat kaya hanya dengan beli pangkat dan “hanya menjerat orang lain“. Berniaga dengan cara yang betul. Tiru seperti RAMLY BURGER, boleh berjaya dan kaya-raya tanpa MLM.

PP/S : Banyak cara lain boleh jadi kaya raya selain MLM Hai-O Marketing contohnya dan (JUGA BISNES MLM YANG INI). Yang pentingnya carilah seberapa banyak ilmu dan pengalaman

PPP/S : Pernah lihat sekarang ini, lambakan penapis air BioAura dijual pada harga RM500, RM600 di Internet. Sebab apa kalau bukan kerana…..?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722