MALAYSIAKINI
Ketua pembangkang menuduh kerajaan melindungi sesuatu berhubung kehilangan pesawat MH370 dan perdana menteri terus berdiam terhadap dakwaan itu.
Mengkritik sikap itu, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata, perdana menteri patut memberikan maklum balas dan bukannya Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau menggesa Najib menjawab tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu di Parlimen.
“Jika didapati tidak berasas, dan Anwar hanya main-main dan berpolitik berhubung tragedi nasional, maka Parlimen patut membuangnya (sebagai ketua pembangkang).
“Pembangkang mempunyai tanggungjawab kepada Parlimen dan negara dan begitu juga perdana menteri, yang mesti menguruskan isu secara terbuka dan untuk kepentingan awam.
“Jika, bagaimanapun, jika terdapat cubaan menutup sesuatu, Najib mesti meletakkan jawatan,” tulisnya dalam blog.