Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Laporan Audit: Bentang, tapi ketirisan terus berlaku

$
0
0

Oleh: Lyn Nasir


KUALA LUMPUR: Pendedahan ketirisan dalam Laporan Ketua Audit Negara saban tahun tidak mendatangkan sebarang kesan positif berikutan tiada kesungguhan daripada kerajaan untuk mengatasi masalah itu, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, ketirisan kali ini melibatkan lima kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri hanya pendedahan maklumat semata-mata.

“Mereka (kerajaan) tidak ada kesungguhan untuk mengurangkan masalah yang berlaku walaupun laporan audit kali ini mencatatkan pengurangan permasalahan daripada tahun lepas, tapi kita tak nampak semua tu (ketirisan diselesaikan),

“Yang kita tahu, ketirisan terus berlaku dengan sengaja seperti pembinaan empangan bernilai RM343.55 juta diberikan kepada pengusaha yang tidak mempunyai pengalaman, tapi sampai sekarang kita tak nampak pun hasil,” ujarnya merujuk pembangunan Empangan Paya Peda di Besut, Terengganu yang lewat 18.49 peratus berbanding jadual asal.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini berkata, lima kementerian tersebut akan dipanggil selepas Laporan Ketua Audit Negara 2013 (LKAN) dibentangkan hari ini.

Menurut Nur Jazlan, sebanyak 71 peratus audit berkenaan menyentuh penambahbaikan manakala 29 peratus lagi membabitkan penyelewengan, salah guna kuasa, salah laku dan kecuaian di kementerian berkenaan.

Sementara 121 kes dibawa untuk diambil tindakan, 92 kes diselesaikan manakala 29 kes lagi belum selesai di peringkat PAC.

Tambahnya lagi, Jabatan Kerja Raya dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan turut dipanggil apabila semua kementerian yang terlibat selesai berdepan dengan PAC.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722