Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tahanan Reman Di Penjara Pulau Pinang Mati

$
0
0
 
Oleh: BERNAMA 


GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang ditahan reman di Penjara Pulau Pinang mati ketika dalam perjalanan ke hospital di sini Ahad, kata polis.

Tahanan berusia 41 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik kuarantin penjara itu pada pukul 12.55 tengah hari semalam oleh warden penjara yang mengawal bilik itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah.

"Lelaki terbabit yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans dan dia disahkan mati ketika dalam perjalanan ke hospital oleh doktor bertugas di Jabatan Kecemasan hospital berkenaan," katanya.

Beliau berkata lelaki itu ditahan reman di penjara itu sejak 4 April lepas bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah.


Mazlan berkata setakat ini punca kematian belum diketahui dan mayat tahanan itu akan dibedah siasat pada Isnin.

"Tiada kecederaan atau kesan lebam ditemui pada badan lelaki itu. Kami tunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722