Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Jawapan pada waris mungkin hanya di mahkamah

$
0
0
MALAYSIAKINI



 


Jawapan bagi persoalan yang benar-benar dimahukan penumpang MH370 mungkin hanya akan terdedah di parlimen jika mereka menyaman atas alasan tekanan perasaan.

Seorang peguam mendakwa, kerajaan Malaysia melanggar tanggungjawabnya bawah undang-undang antarabangsa dalam komunikasi berhubung krisis itu.

Peguam penerbangan Australia Joseph Wheeler (kiri) juga berkata, kaedah pengurusan tragedi itu oleh Malaysia Airlines (MAS) boleh mendedahkan mereka kepada liabiliti.

Ini ekoran keluarga penumpang mula mempertimbangkan legal avenue selain isu pampasan.

“Satu-satunya cara untuk keluarga mendapatkan jawapan dengan pergi ke mahkamah, dan gunakan prosedur forensik untuk mendapatkannya,” kata Wheeler kepada Malaysiakini.

“Laporan siasatan rasmi sahaja tidak boleh digunakan di mahkamah, tetapi ada banyak maklumat sekitar (dokumen) itu yang membentuk kita mengukuhkan kes – dokumen dan maklumat lain yang boleh didedahkan.”

Bawah undang-undang antarabangsa – Konvensyen Chicago – laporan siasatan kemalangan hanya boleh digunakan untuk pencegahan insiden akan datang dan bukan untuk meletakkan kesalahan terhadap mana-mana pihak.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722