Image may be NSFW.
Clik here to view.
Taman Tasik Titiwangsa akan mempunyai helipadnya sendiri selepas Kementerian Wilayah Persekutuan meluluskan cadangan itu walaupun di protes penduduk di sana. – Gambar fail.
Kementerian Wilayah Persekutuan akan tetap meneruskan cadangan pembinaan helipad (lapangan pendaratan helikopter) di Taman Tasik Titiwangsa walaupun diprotes oleh penduduk setempat.
Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata rancangan itu bukan sahaja boleh dimanfaatkan ketika berlakunya kecemasan, malahan dapat menyediakan produk pelancongan baru iaitu “Heli City Tour” yang menyediakan pakej meninjau ibu kota dari udara.
"Saya merayu kepada penduduk di situ supaya jangan mementingkan diri dan mereka mesti faham bahawa Taman Tasik Titiwangsa di bawah DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan bukannya ekslusif untuk mereka, ia harus dimanfaatkan oleh seluruh rakyat," katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Program KL Pagi Bebas Kenderaan kali keempat hari ini.
Katanya, terdapat juga permintaan dari pelancong antarabangsa yang menggunakan jet persendirian ingin terus ke bandar raya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dengan menaiki helikopter.
Beliau berkata pihaknya juga berhasrat mengembalikan semula buaian roda gergasi, Eye On Malaysia, yang dipindahkan ke Taman Kota Laksamana, Melaka ke lokasi asalnya, Taman Tasik Titiwangsa, sekiranya keadaan kewangan mengizinkan.
Tengku Adnan berkata dengan adanya helipad dan Eye on Malaysia, pakej pelancongan yang terdapat di Kuala Lumpur akan menjadi lebih sempurna dan setanding dengan bandar raya di luar negara. – Bernama,