Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PM tetap perlu beri penjelasan 'berakhir di Lautan Hindi'

$
0
0
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
 
 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Walaupun Duta Besar China Ke Malaysia, Dr. Huang Huikang meminta semua pihak memahami maksud di sebalik perkataan 'berakhir' berkenaan kehilangan MH370, namun pihak pembangkang tetap berpendirian bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenainya.
 
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, penjelasan segera perlu diambil oleh kerajaan agar rakyat terutamanya keluarga krew dan penumpang pesawat berkenaan tidak keliru dengan kenyataan Perdana Menteri minggu lalu.
 
"Saya bersetuju dengan China supaya kerajaan Malaysia berterus-terang dan apa maksud berakhir di Lautan Hindi. Jangan kita melepaskan semangat dan tanggungjawab itu dan tidak ada usaha berterusan untuk membuktikan apa yang terjadi kepada MH370.
 
"Ia tidak membuktikan bahawa kapal terbang itu jatuh disitu atau berada di situ atau keadaannya di situ. Bermaksud kita tak boleh berhenti usaha pencarian ini. 
 
"Kena berterus-terang, jangan berselindung dan lari dari soalan pokok iaitu apa kesudahan kepada MH370. Bukan lari tajuk dan elak pertanyaan. Sebab itu (rakyat dan kerajaan) China kecewa," katanya kepada pemberita Antarapos.
 
Huikang melalui sidang media khasnya di Kedutaan China semalam berkata beliau memahami Najib telah secara berhati-hati menggunakan perkataan berakhir pada sidang akhbar 24 Mac lalu.
 
Ujar beliau, tujuan perkataan itu digunakan untuk mengelakkan sebarang makna yang menyakitkan kepada keluarga krew dan penumpang MH370.
 
"Kalau anda menyatakan secara terbuka bahawa pesawat terhempas dan tidak ada yang terselamat, ini akan memberi kesan mendalam kepada keluarga.
 
"Jadi, tolong faham tujuan (pengunaan perkataan berakhir) kepada perasaan keluarga penumpang," rayu Huikang.
 
Tegas beliau, orang ramai tidak sepatutnya terlalu fokus kepada makna perkataan berakhir, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha mencari.
 
Diajukan hal itu, Abdullah Sani merasakan perkataan 'berakhir' itu hanya akan memberi tekanan emosi kepada keluarga mangsa.
 
"Itu lagi menekan emosi keluarga. Itu sikap persembunyian. Isunya keluarga nak tahu, sama ada jika meninggal mereka mungkin akan terima. Dalam keadaan meninggal atau tergantung. Jika meninggal mana mayat dan kapalnya? Itu persoalannya sebab mereka menanti khabar.
 
"Kejayaan itu bukan bermaksud jumpa mayat sahaja, kejayaan itu turut meliputi jumpa bangkai kapal terbang. Itu kejayaan (usaha mencari)," katanya lagi.
 
Dalam pada itu juga, Huikang menafikan kerajaan China kecewa dengan cara Malaysia mengendalikan krisis MH370.
 
Beliau sebaliknya menyalahkan media barat kerana membakar perasaan ahli keluarga kepada penumpang warga China di pesawat tersebut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722