HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH004 dari Kuala Lumpur ke London yang dijadual berlepas pagi ini ditangguhkan selama empat jam bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan kepada pesawat itu.
Menurut kenyataan MAS, penerbangan itu jadual berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 10.10 pagi dan dijangka tiba di London pada pukul 4.20 petang waktu tempatan pada hari yang sama.
Bagaimanapun, penerbangan tersebut dijadualkan semula dengan berlepas pada pukul 2.15 petang dan tiba di London pada pukul 8.25 malam waktu tempatan hari yang sama.
"Memandangkan keselamatan penumpang adalah keutamaan paling tertinggi bagi syarikat penerbangan ini, maka penjadualan semula itu penting bagi memudahkan kerja-kerja membaiki pesawat dijalankan.
"MAS kesal dengan ketidakselesaan yanga berlaku terhadap pelanggan kami," kata kenyataan tersebut.
Orang ramai boleh memeriksa status penerbangan MAS di internet atau menghubungi Pusat Panggilan MAS di talian 1-300-88-3000. - Bernama