MALAYSIAKINI
NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menggesa kerajaan melucutkan kerakyatan mereka yang mengambil kesempatan memburukkan Malaysia kepada orang luar sewaktu negara menguruskan tragedi kehilangan pesawat MH370.
Naib Presiden ISMA, Abdul Rahman Mt Dali berkata golongan itu termasuklah mereka yang didakwanya tidak "sekapal" dengan kerajaan sekarang dan media yang tidak 'mesra' kerajaan, termasuk Malaysiakini.
"Terkini diberitakan ada pihak di kalangan DAP dan PKR memburuk-burukkan kerajaan dan bertindak menghasut di luar negara sehingga ada keluarga mangsa menjadi begitu marah kepada kerajaan.
"Kalau benar, mereka ini saya anggap adalah pengkhianat negara dan patut lucut kerakyatannya dan nasihatkan mereka untuk pindah ke negara yang mereka suka," kata Rahman dalam kenyataannya.
Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa terdapat anggota DAP dan PKR mengkritik kerajaan menerusi laman blog mikro Weibo, dan aplikasi WeChat.
Anggota PKR dan DAP bagaimana pun menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie, individu pertama yang membangkitkan perkara itu.
Sementara itu, Abdul Rahman turut menyeru mereka yang mengkritik usaha pencarian itu agar bersama menyokong kerajaan kerana sikap patriotik dituntut dalam Islam.
"Oleh itu umat Islam khususnya orang Melayu, jangan terperangkap dengan politik sempit yang merugikan negara dan kepentingan Islam walaupun kita tahu kerajaan Islam ini tetap ada cacat cela dan tidak sempurna," katanya.