MALAYSIAKINI
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) akan mengadakan sidang meja bulat dengan pihak berkuasa berkaitan mengenai kesan kejadian kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 terhadap perniagaan.
"Pihak berkuasa berkenaan seperti Malaysia Airlines, Jabatan Imigresen, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Kastam dijemput ke sidang berhubung kehilangan penerbangan MH370 itu.
"Sidang itu untuk menilai situasi semasa disebabkan kita sering dihujani dengan pelbagai soalan dan kami perlu menghadapi mereka apabila berada di luar negara," kata Presiden DPMM Datuk Syed Ali Alattas kepada pemberita di majlis pelancaran Yayasan Antarabangsa MH370, atas inisiatif dewan itu semalam.
Yayasan itu dengan dana RM1 juta yang dijana secara dalaman bertujuan untuk menyumbang kepada usaha-usaha kemanusiaan antarabangsa dengan maklumat dan fasiliti perjalanan, katanya.
Syed Ali berkata, dewan juga akan menemui Duta China ke Malaysia pada 9 April ini, untuk membincangkan bagaimana yayasan dapat membantu.
Sementara itu, menurut Syed Ali lagi, dalam usaha menyumbang kepada misi pencarian penerbangan MH370, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menubuhkan Yayasan Antarabangsa MH370.
Presiden DPMM Datuk Syed Ali Alattas berkata yayasan itu akan berperanan sebagai medium maklumat dan bantuan untuk keluarga, saudara mara dan rakan-rakan penumpang dan kru MH370 berhubung perkembangan terkini misi menjejaki MH370.
"Penubuhan ini adalah satu usaha dalam meneruskan hubungan kerjasama dengan pihak kerajaan dan menunjukkan bahawa pertubuhan bukan kerajaan turut memainkan peranan dalam menangani saat-saat genting sebegini," katanya kepada pemberita di ibunegara semalam.
Katanya DPMM memperuntukkan RM1 juta bagi penubuhan yayasan itu.- Bernama