Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Enggan tubuh IPCMC kerana takut salah polis terbongkar- Surendran

$
0
0

Oleh: Lyn Nasir


KUALA LUMPUR : Kerajaan enggan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salahlaku Polis (IPCMC) kerana bimbang banyak kes melibatkan keganasan dan kematian dalam tahanan terbongkar, kata Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran.

SURENDRANIa ekoran kenyataan kerajaan hari ini yang enggan menubuhkan IPCMC dengan alasan penubuhan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah dibuat pada 2009.

Menurut Surendran, perkara itu sudah dijangka walaupun Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) dalam sidang medianya semalam menggesa polis membuat pembaharuan segera ekoran keganasan melampau dan kematian dalam tahanan.

“Tapi kerajaan buat tak tahu dan masih lagi berdegil tidak mahu menubuhkan IPCMC,” katanya.

“Sebab polis takut kesalahan mereka terbongkar, dan kerajaan pun tak nak desak polis sangat sebab nak menjaga kepentingan BN itu sendiri,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Surendran, penubuhan EAIC tidak dapat menangani kes salah laku polis termasuk kes-kes kematian dan penderaan dalam tahanan.

“Walaupun dah tubuhkan Suruhanjaya itu, kes tahanan yang mati dan tindakan polis menembak tanpa pertimbangan semakin berleluasa.

“Sampai macam ni pun kerajaan masih lagi tidak mahu menubuhkan IPCMC? Nampak jelas yang kerajaan tidak perihatin dengan kes yang berlaku semakin meningkat, hanya mementingkan diri sahaja,” ujarnya.

Justeru katanya, Pakatan tetap dengan pendirian untuk menggesa kerajaan supaya menubuhkan IPCMC bagi mengawal salah laku polis.

“Kita tetap akan menggesa kerajaan agar menubuhkan IPCMC ini bagi mengawal keselamatan dan pertahanan pada tahap yang lebih baik.” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722