Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Laksanakan GST supaya cepat rakyat tolak BN- Tony Pua

$
0
0

Oleh: Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua membidas sikap kerajaan yang bertegas melaksanakan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilihat akan terus menekan rakyat.

Menurut Tony Pua, GST secara prinsipnya hanya akan menyusahkan rakyat yang berpendapatan rendah yang terdiri daripada golongan yang tidak layak membayar cukai.

” Kerajaan kata akan kenakan cukai GST Bagi turunkan cukai pendapatan, maknanya kerajaan mahu kenakan cukai kepada golongan rakyat yang berpendapatan rendah yang memang tidak layak dikenakan cukai.

” Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian bahawa GST belum boleh dilaksanakan buat masa ini kerana jurang pendapatan rakyat sangat berbeza,” jelasnya dalam sidang parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga secara sinis mengalu-alukan seandainya kerajaan terus berdegil untuk mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan itu kepada rakyat.

“Biarkan saja jika Barisan Nasional nak laksanakan GST pada rakyat, saya bersetuju.

“Biarkan rakyat merasai sendiri kesan GST ini supaya lebih cepat Barisan Nasional ditolak oleh rakyat,” jelas Tony yang mengambil contoh kekalahan Parti Prograsif Konservatif di Canada akibat pelaksanaan GST.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722