MALAYSIAKINI
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menegur kerajaan negeri Selangor supaya mengambil perhatian terhadap masalah stadium hoki di negeri itu susulan teguran beberapa pihak berkepentingan mengenainya.
Menurutnya lagi, sekiranya kerajaan negeri boleh membelanjakan wang untuk memperbaiki Stadium Shah Alam, maka perkara yang sama boleh dilakukan pada stadium hoki di negeri itu,
"Prasarana itu bawah kerajaan negeri Selangor. Saya berharap mereka dapat memberi perhatian kepada Stadium Hoki Pandamaran (dan Stadium Hoki PJ) yang keadaannya teruk sekali.
"Sekiranya (mereka) dapat kerajaan membelanjakan wang untuk memperbaiki Stadium Shah Alam baru-baru ini, apalah kiranya dapat membelanjakan wang untuk stadium hoki.
"Tapi itu aset bawah kerajaan negeri," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno di PWTC petang ini.
Beliau menjawab soalan pemberita berhubung laporan media yang membangkitkan stadium hoki Pandamaran yang diisytiharkan tidak selamat oleh Persatuan Hoki Selangor pada 2010.
Manakala Stadium Hoki Petaling Jaya pula dilaporkan tidak berupaya untuk menganjurkan sebarang pertandingan dan tidak dibaikpulih sejak lebih 11 tahun yang lalu.
Sedangkan, pasukan hoki bawah 16 tahun negeri itu - yang telah menjuarai perlawanan menentang Kuala Lumpur baru-baru ini - terpaksa berpindah dan pergi ke Kuala Lumpur untuk membuat latihan.
Rungutan itu turut dibangkitkan oleh pengulas sukan dan persatuan hoki negeri itu.
Dalam sidang media yang sama, Khairy yang juga ketua Pemuda Umno berkata jika perkara itu berterusan, ia akan merencatkan lagi proses pembangunan dalam sukan tersebut di negeri itu.
"Ya, memang betul, ia salah Pakatan Rakyat," katanya.