Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

‘Sokongan kepada Najib tidak turun’

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata sokongan untuk Perdana Menteri masih kekal.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Najib Umno


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kaji selidik Merdeka Center menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih kekal dan tidak menurun.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata walaupun kerajaan menghadapi kritikan dalam menangani kehilangan pesawat MH370, sokongan terhadap Najib, yang juga Presiden Umno, kekal di tahap sama.

“Tahap prestasinya (Perdana Menteri) sama sahaja iaitu 52% dari segi keyakinan responden kepada tahap kecekapan kerajaan dalam pelbagai isu contohnya dalam mengendalikan agama dan pelbagai isu masih berada di tahap yang tinggi,” kata Khairy selepas mesyuarat Exco Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Khairy berkata kos sara hidup yang meningkat turut memberi impak terhadap kajian tersebut namun ianya tidak boleh dijadikan rumusan.

“Kita sedang melalui musim yang mencabar dengan beberapa isu seperti kenaikan kos harga minyak dan kos sara hidup…ini sudah pasti ada kos politik kos terhadap kita.

“Bukan kita buat ini tanpa ada kos politik kepada kita tapi kita kena buat untuk jangka masa panjang ekonomi,” katanya lagi.

Semalam, pendedahan kaji selidik Merdeka Center menunjukkan peratusan jumlah rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasi Najib meningkat kepada 44% pada Mac 2014 berbanding 40% pada Disember 2013.

Menurut Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian, rating perdana menteri itu bagaimanapun kekal pada tahap 52% pada tempoh sama.

Tambah Khairy, kajian itu tidak mencerminkan sebagai penurunan sokongan kepada Najib.

“Jadi kita tidak boleh ambil beberapa angka sahaja dan kata ini rumusan bahawa sokongan untuk BN semakin merosot

“Kita ada banyak yang positif dalam penilaian itu juga  yang kita kena terima juga,” jelasnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722