MALAYSIAKINI
Selepas C Sugumaran kehilangan bapanya ketika masih kecil, bapa saudaranya A Kuppusamy membesarkan beliau seperti anak sendiri.
Nasib pesara guru sekolah Tamil itu sekali lagi teruji apabila apabila anak saudaranya berusia 40 tahun, yang dianggap sebagai anaknya, meninggal dunia akibat dipukul oleh polis di tepi jalan dalam keadaan tangan bergari.
Kuppusamy, 80, berkata bedah siasat menunjukkan anaknya mati akibat serangan jantung.
Inkues kematian anaknya kini sedang berjalan, namun ia hanya dimulakan selepas keluarga tersebut mengebumikan mayat Sugumaran, beberapa bulan selepas gagal membuat bedah siasat kedua.
Kuppusamy yang berikrar untuk mendapatkan keadilan berkata: “Sugumaran bukan lembu atau burung. Dia seorang manusia... Saya mahu hak kepada semua, bukan untuk anak saya sahaja.
"Polis bukan tuhan. Kerajaan bukan tuhan. (Hanya) tuhan boleh memberi dan mengambil nyawa...
"Polis tiada kuasa untuk bunuh orang. Mereka hanya boleh jaga orang,” katanya dalam bahasa Inggeris.
Kuppusamy berucap semasa majlis perasmian laporan badan Human Rights Watch berhubung tindakan penyeksaan oleh polis di Kuala Lumpur.
Turut hadir adalah D Ranjan, 30, yang kehilangan adik bongsunya Dinesh, 26, dalam kejadian tembakan oleh polis pada Ogos 2012.
“Satu nyawa sudah melayang. Kenapa satu inkuiri diadakan selepas itu? Bolehkah saya dapatkan adik saya semula?,” soalnya.
Lebih setahun kemudian, kata Ranjan, inkues yang sedang berjalan ke atas kematian adiknya itu kelihatan seperti usaha untuk menutup perkara sebenar untuk mencari lebih banyak sebab untuk memberi justifikasi kepada pembunuhan tersebut.
Beliau memberi contoh, polis memberi keterangan bahawa tindakan mengambil cap jari di parang yang didakwa digunakan untuk menyerang polis – yang menyebabkan tembakan dilepaskan – tidak perlu dilakukan untuk membuktikan ia digunakan oleh Dinesh.