Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

MOT pantau keengganan AirAsia pindah

$
0
0
Datuk Abdul Aziz KaprawiDatuk Abdul Aziz Kaprawi


KUALA LUMPUR - "Saya tidak boleh komen dulu. Kita akan lihat pada hari itu," adalah apa yang diulas oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengenai keputusan AirAsia dan AirAsia X untuk terus beroperasi di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang walaupun selepas 9 Mei.

LCCT akan menamatkan operasinya pada 9 Mei, dengan kerajaan memindahkan semua agensi relevan seperti Imigresen dan Kastam ke lapangan terbang tambang rendah baharu, KLIA2.

AirAsia berkata ia tidak akan berpindah ke lapangan terbang baharu bernilai RM4 bilion itu sehingga keadaan-keadaan tertentu dipenuhi.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu dijangka dipanggil oleh panel parlimen tidak lama lagi yang mahu mendengar pandangannya tentang KLIA2.

"Kita akan lihat pada hari itu," ujar Abdul Aziz dengan ringkas sebagai menjawab soalan pemberita di luar Persidangan dan Pameran Bandar Lapangan Terbang 2014 yang dianjurkan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Para pemberita bertanyakan timbalan menteri itu bagaimana kementerian tersebut akan bertindak dengan keengganan AirAsia untuk berpindah ke lapangan terbang baharu tersebut sebelum 9 Mei.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd Aireen Omar berkata semalam walaupun AirAsia dan AirAsia X bersedia untuk berpindah ke lapangan terbang baharu tersebut, perpindahan itu hanya akan dibuat selepas semua isu-isu diselesaikan.

Beliau berkata hasil kajian Ikram Premier Consultings tentang kesediaanKLIA2 menunjukkan wujudnya lekukan di landasan rayap/apron dan landasan yang memerlukan langkah pemulihan berkala dilakukan ke atas kawasan berkaitan.

Aireen berkata demikian sebagai maklum balas kepada pengumuman terdahulu Abdul Aziz bahawa LCCT akan ditutup menjelang 9 Mei 2014 bagi memudahkan pembukaan KLIA2.

Mengenai perkembangan lain, Pengurus Besar Kanan MAHB (Perkhidmatan Operasi) Datuk Azmi Murad berkata KLIA2 akan beroperasi mengikut jadual.

Ditanya sama ada AirAsia akan mempunyai masa yang mencukupi bagi kesediaan operasi dan pemindahan lapangan terbang (ORAT), beliau berkata: "Kita akan lihat nanti."

Terdahulu Aireen berkata tempoh ORAT untuk menyokong saiz operasi AirAsia akan memerlukan lebih daripada dua bulan seperti yang diminta oleh MAHB kerana kumpulan itu memiliki kira-kira 400 pergerakan pesawat sehari dan sekurang-kurangnya 700 pesawat miliknya di LCCT.

"ORAT untuk perpindahan dari terminal utama KLIA ke LCCT pada 2006 mengambil masa lebih daripada dua bulan ketika operasi AirAsia ketika itu jauh lebihkecil," katanya. - Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722