Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Mukhriz: Akta penanam padi sudah lapuk

$
0
0

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan pusat perlu menyemak semula Akta Penanam Padi (Mengawal Sewa dan Menjamin Pemegangan) 1967 supaya ia dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada penyewa tanah sawah dan tuan tanah.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (bawah) berkata akta itu difahamkan sudah tidak popular dalam kalangan petani kerana isi perjanjiannya dianggap lapuk dan tidak lagi relevan dengan situasi semasa.

"Akta ini macam kehilangan fungsi dan saya difahamkan, sejak diperkenalkan pada tahun 1955, hanya sekali akta berkenaan dipinda iaitu pada tahun 1967.

"Petani (tuan tanah) dikatakan lebih gemar menyediakan perjanjian sendiri yang tentunya tidak memihak kepada penyewa kerana kadar sewa yang dikenakan agak tinggi," katanya pada majlis Serah Wang Ihsan kepada ahli pengasas Lembaga Kemajuan Penanam-penanam Padi Kedah di Wisma Darul Aman, di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata, selain kadar sewa yang tidak seragam, perjanjian yang dibuat antara tuan tanah dan penyewa itu juga tidak terkawal dan selalunya berat sebelah.

Mukhriz berkata, Persekutuan Penanam-Penanam Padi Kedah juga perlu tampil membantu dengan memberikan saranan dan idea bernas untuk terus menjaga kepentingan penyewa dan tuan tanah.

"Barangkali perlu diadakan satu seminar atau forum khas mengenainya dan perlu digerakkan oleh Persekutuan Penanam-Penanam Padi Kedah," katanya.

Sementara itu katanya, kerajaan akan sentiasa memastikan sektor pertanian dilonjak menjadi sektor berpendapatan tinggi dan memberi pulangan yang lumayan kepada rakyat.

Beliau berkata, sehubungan itu semua jabatan dan agensi yang terlibat diminta berusaha gigih dengan melibatkan kesemua rantaian nilai sektor pertanian bagi meningkatkan pendapatan golongan petani. - Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722