MALAYSIAKINI
Isu ketirisan "tidak pernah berbangkit" dalam isu peningkatan kos lapangan terbang KLIA2, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed.
"Saya rasa tidak ada ketirisan.
“Ia adalah berkaitan perancangan dan pelaksanaan," katanya selepas menemubual pegawai-pegawai Malaysia Airports Berhad (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan berkaitan kos dan kelewatan pembinaan lapangan terbang itu.
Beliau juga memaklumkan yang KLIA2 dibiayai oleh MAHB dan ia tidak melibatkan dana dari kerajaan.
Beliau juga mendedahkan pembukaan awal lapangan terbang itu pada 2 Mei melibatkan pengguna yang terhad.
Bagaimanapun, AirAsia yang dijangka menjadi syarikat penerbangan utama di KLIA2 akan hanya menggunakannya selepas tarikh itu.