Oleh: AFIX REDZUAN
SHAH ALAM: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) memperkenalkan perkhidmatan u-Pustaka bagi memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan bahan bacaan yang diingini serta merta.
Perkhidmatan itu diilhamkan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multumedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dengan konsep penyediaan perkhidmatan rangkaian perpustakaan yang sentiasa ada, tanpa sempadan masa dan tempat (ubiquitos), pada tahun 2008.
Lapan perpustakaan yang menyediakan perkhidmatan berkenan dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui SKMM dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Tujuh perpustakaan lain seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan itu adalah Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Awam Pahang, Pustaka Negeri Sarawak, Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Perpustakaan Negeri Sabah, Perpustakaan INTAN Bukit Kiara dan Perpustakaan Kuala Lumpur.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sambil diiringi Exco Pendidikan Selangor merangkap Pengerusi PPAS, Dr Halimah Ali bertempat di Perpustakaan Raja Tun Uda, di sini, hari ini.
Abdul Khalid dalam ucapannya menyatakan Kerajaan Negeri memberi sokongan penuh terhadap usaha membudayakan ilmu dengan menyediakan peruntukan bagi membangunkan lebih banyak Pusat Siber Rakyat dan perpustakaan awam yang dilengkapi teknologi terkini untuk kemudahan masyarakat di Selangor.
“Saya dapati konsortium u-Pustaka yang mengumpul khazanah buku di seluruh negara sudah dapat diteruskan penggunaannya untuk rakyat.
“Walaubagaimanapun, Selangor perlu buat persediaan prasarana, yang mana jika kita ingin gunakan teknolgi maklumat, sistem pengaliran maklumat harus diperkuat dan diperkemaskan.
“Sistem Wi-fi dan pengaliran maklumat melalui fiber optik harus dilihat sebagai prasarana dalam usaha membawa perpustakaan kepada rakyat,” katanya.
Sejak penjenamaan semula dilaksanakan, seramai 1.5 juta orang pengunjung dicatatkan hadir ke perpustakaan berkenaan pada tahun 2010 hingga 2013 berbanding 418,802 orang pada tahun 2008 hingga 2010.-NFN-