SINAR HARIAN
![Tiada keperluan klasifikasi semula 1MDB 1MDB]()
KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk mengklasifikasikan semula laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB sebagai dokumen bukan rahsia rasmi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah mengemukakan permintaan kepada Jabatan Audit Negara dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga sebelum ini telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.
"Tindakan ini jelas menunjukkan keterbukaan kerajaan dalam perkara ini. Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB ini telah dibincangkan oleh PAC sebelum memuktamadkan laporannya yang telah dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2016.
"Pengelasan dokumen rahsia tidak semestinya menjejaskan keputusan dalam laporan PAC seperti cuba dimainkan pembangkang. Ini kerana PAC juga telah merujuk pelbagai dokumen atau laporan lain sebelum memuktamadkan laporannya," katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Najb membenarkan laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dikeluarkan daripada klasifikasi rahsia rasmi.
Menurut Azalina, ahli-ahli parlimen pembangkang yang menganggotai PAC juga mempunyai akses sepenuhnya kepada hasil laporan Ketua Audit Negara yang telah dibentangkan kepada PAC.
"Keadaan ini sama seperti meminta kertas siasatan dijadikan sebagai dokumen bukan rahsia rasmi setelah pendakwaan dan penghukuman dibuat.
"Kenyataan Ketua Pembangkang itu, secara tidak langsung mempersoalkan kredibiliti PAC termasuk ahli-ahli parlimen pembangkang yang menganggotai jawatankuasa itu," katanya.