Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Bukan Islam guna kalimah Allah, 2 NGO gesa Jais ambil tindakan

$
0
0

 OLEH DIYANA IBRAHIM



















Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim, Pertubuhan Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (Ikddas) dan Perkasa Selangor menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat laporan berhubung penggunaan kalimah Allah di Selangor oleh penganut bukan Islam.

Menurut akhbar milik Umno Utusan Malaysia, terdapat badan keagamaan bukan Islam dikesan menggunakan kalimah Allah dalam penganjuran majlis keagamaan mereka di sebuah hotel di Klang, Selangor semalam.

Majlis yang dikatakan sebagai program tertutup dihadiri kira-kira 200 orang dan kalimah tertera dengan perkataan "International Full Gospel Fellowship Keluarga Allah Satelit Nilai dan Satelit Puchong," dari dalam gelap akan terbit terang diletakkan pada latar belakang pentas dalam dewan tersebut.

Selain ucapan, akhbar itu turut melaporkan majlis keagamaan  yang berlangsung kira-kira antara jam 1 petang hingga 6 petang itu difahamkan menyebut kalimah Allah dalam nyanyian memuji agama bukan Islam.

Selain itu, penganjur didapati meletakkan notis berbeza di luar dewan apabila ia menyatakan sambutan tersebut sebagai acara meraikan perayaan anjuran pertubuhan agama yang mewakili masyarakat bukan Islam di Selangor dan Nilai.

Dua NGO Islam itu berkata, sudah jelas dalam undang-undang negeri dan negara bahawa hak penggunaan kalimah Allah hanya kepada Muslim.

Presiden Ikddas, Rosdi Long menggesa Jais mengambil tindakan segera kerana penganjur berkenaan begitu berani melanggar peraturan mahkamah.

Ketua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya, berkata ia merupakan satu tindakan tidak wajar apabila bukan Muslim menggunakan kalimah tersebut.

Katanya, ini kerana Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga mengistiharkan bahawa umat bukan Islam dilarang menggunakan perkataan Allah dalam bentuk tulisan penerbitan dalam kitab bible dan akhbar katolik, Herald (gambar).

Di Selangor, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam adalah dilarang selaras dengan peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, iaitu ia digubal selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan bertujuan menjamin kesucian agama dan umat Islam daripada dipengaruhi oleh doktrin atau ajaran agama lain.

Pada 14 Oktober, Mahkamah Rayuan menyokong keputusan Kementerian Dalam Negeri untuk menggantung penerbitan akhbar Herald sekiranya masih berdegil menggunakan perkataan kalimah Allah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722