Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM- Hasil RM844.2 juta yang bakal diperoleh Kerajaan Selangor berikutan perjanjian yang dimeterai antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan syarikat subsidi Tropicana Corp Berhad, Sapphire Index Sdn Bhd akan dimanfaatkan bagi melaksanakan pembangunan hartanah yang mampu memberi faedah terhadap program sosial rakyat Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hasil itu akan diperoleh apabila Nilai Bersih Semasa (NPV) hartanah yang menempatkan projek pembangunan yang sebelum ini dikenali sebagai Canal City itu mampu mencecah RM1.3 bilion dalam jangka masa 20 tahun akan datang.
“Perjanjian jual dan beli antara Tropicana dan Eco World Development Group Berhad membabitkan satu perempat daripada 474.3 hektar tanah yang dahulunya dikenali sebagai Canal City memberi Kerajaan Selangor perspektif baru terhadap perjanjian terbabit.
“Kami berharap Tropicana akan mempercepatkan bayaran penuh supaya kita boleh menyalurkan dana RM844.2 juta untuk melaksanakan pelbagai pembangunan hartanah yang mampu memberi pelbagai program sosial untuk faedah rakyat Selangor,” katanya.
Abdul Khalid berkata demikian selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.
Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan juga bersedia bekerjasama dengan memberikan kelulusan berkenaan pembangunan di atas tanah terbabit bagi memastikan projek yang bakal dijalankan syarikat pemaju itu berjalan lancar.
Pada April 2013, PNSB dan Sapphire Index menandatangani perjanjian jual beli dan pembangunan bagi tanah hak milik pajakan di Selangor dengan menawarkan pulangan minimal RM1.3 bilion dalam jangka masa 20 tahun.-NFN-