Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Wan Azizah pertahan kerusi presiden PKR jika Anwar dilarang bertanding

$
0
0
OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Yang Dipertua MPKJ, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman pada sidang media selepas mesyuarat di bangunan MPKJ di Kajang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Mac, 2014.Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Yang Dipertua MPKJ, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman pada sidang media selepas mesyuarat di bangunan MPKJ di Kajang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim



























Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail akan mempertahankan kerusi presiden PKR dalam pemilihan parti itu bulan depan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang bertanding jawatan tersebut.
Dr Wan Azizah berkata, perkara itu bagaimanapun hanya akan diputuskan selepas beliau bertemu dengan kepimpinan dan ahli PKR sendiri.

"Kalau Anwar tidak dibenarkan bertanding presiden, saya akan pertahankan kerusi, tetapi saya akan tanya ahli sama ada mereka setuju," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), di Kajang, hari ini.

Anwar yang juga ketua pembangkang sebelum ini mengumumkan akan bertanding kerusi presiden PKR yang kini disandang Dr Wan Azizah.

Beliau bagaimanapun dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.

Anwar akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Ketika diminta mengulas berkenaan kedudukan menteri besar Selangor, Dr Wan Azizah berkata, fokusnya kini hanya tertumpu kepada pembangunan di Kajang, kerusi DUN yang dimenanginya dalam pilihan raya kecil pada 23 Mac lalu.

"Saya akan fokus kepada Kajang buat masa ini.

"Sukar untuk saya spekulasikan isu ini," katanya.

Beliau berkata, meskipun sebahagian rancangan "Langkah Kajang" termasuk melibatkan penukaran menteri besar, pertukaran rancangan boleh berlaku kerana ia dirancang untuk Anwar.

"Tetapi itu semasa Anwar calon. Mungkin akan ada beberapa perubahan," katanya.

Sebelum ini timbul spekulasi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digantikan selepas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722