MALAYSIAKINI
Orang ramai diminta menghentikan semua spekulasi berkaitan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di laman sosial kerana perkara itu hanya menimbulkan
kekeliruan pelbagai pihak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata walaupun kejadian kehilangan pesawat itu terus dipersoal, tumpuan kerajaan kini adalah mencari kotak hitam bagi mengetahui situasi sebenar insiden berkenaan.
"... masih lagi menjadi misteri, kenapa benda ini berlaku dan sebagainya, dan selagi kotak hitam ini kami tak dapat ditemui, selagi itulah misteri ini orang akan buat spekulasi yang bermacam-macam.
"Saya melihat jangan kita buat spekulasi tentang apa sahaja sebab ia tidak bagus, kita kena juga menjaga dan menghargai perasaan anggota keluarga penumpang dan kru pesawat itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Misi Larian Solo AROMA di Petaling Jaya semalam.
Beliau berkata rakyat harus melihat impak positif negara dalam menghadapi kesukaran apabila negara luar menghulur bantuan dan sekali gus membuktikan Malaysia sebuah negara yang dihormati.
"Bila keadaan macam ini berlaku, kalau negara luar tidak hormat pada kita, sudah tentu mereka tidak akan bantu mencari pesawat MH370, namun sebanyak 26 negara telah menghulurkan bantuan tanpa meminta sebarang ganjaran," katanya.- Bernama