AMIRUL AZHAN
KAJANG: Keputusan Pilihan Raya Kecil Kajang membuktikan satu suara referendum rakyat untuk menolak Umno- BN, kata pengarah jentera pilihanraya Pas, Dr Hatta Ramli.
Tambahnya, keputusan ini menunjukkan rakyat bangkit dan seterusnya menunjukkan sokongan yang kuat terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.
“PRK Kajang menunjukkan pandangan rakyat dan wajib untuk semua menolak Umno-BN atas tindakan zalim seterusnya kita harap dan yakin perasaan ini turut disuarakan di seluruh negara dan bukan hanya di Kajang sahaja,” kata Hatta.
Keputusan PRK Kajang memberikan satu kemenangan yang amat besar bagi Pakatan Rakyat dan ini menunjukkan rakyat sudah mula bangkit menolak kerajaan Umno -BN.
“Ini satu kejayaan yang amat manis dan meyakinkan kita, rakyat Kajang membuat satu pungutan suara referendum atas isu-isu yang kita bangkitkan antaranya kes-kes Anwar Ibrahim dan Karpal Singh,” katanya lagi..
Keputusan PRK Kajang seperti jangkaan menjadi milik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dengan jumlah undi sebanyak 16,741 yang diumumkan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi.
“Kita sangat berpuashati terutama apabila kita membuat sedikit kajian, pertambahan undi orang Melayu dan beberapa peti undi yang sebelum ini kita kalah menunjukkan golongan muda semakin menyokong kita,” ujar Hatta.
Tambahnya lagi, keputusan kemenangan ini merupakan ramuan perubahan yang amat penting untuk melakukan perubahan dengan penambahan sokongan kepada PR terutamanya di Selangor.