HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengecam keputusan mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas Musyidul Am Ikhwan Muslimin, Prof Dr Mohd Badie, Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan, Dr Saadu Katatni yang juga bekas Speaker Mesir bersama 528 orang aktivis Ikhwan Muslimin yang lain.
Dalam satu kenyataan, Pengerusi lajnah Antarabangsanya, Dr Raja Ahmad Iskandar menganggap keputusan tersebut sebagai kemuncak kezaliman Jeneral Abdul Fattah As Sisi setelah melakukan kudeta ke atas kerajaan rasmi Mesir pimpinan Presiden Dr Mohamad Morsi dua tahun lalu.
As-Sisi juga, tegasnya bertanggungjawab terhadap tragedi penyembelihan rakyat Mesir di Medan Rabiah yang mengorbankan lebih 3,000 syuhada'.
"Apa yang mengecewakan dunia adalah bagaimana keadilan yang sepatutnya ditonjolkan oleh mahkamah Mesir dicemari dengan keputusan yang berat sebelah dan tidak rasional.
"Lebih dari itu, dunia digemparkan apabila ketika proses mahkamah baru sahaja bermula minggu lalu dengan barisan pembelaan di bawah ancaman pihak polis walaupun ketika prosiding sedang berjalan, di mana salah seorang peguambela tiba-tiba dimasukkan ke dalam senarai tertuduh dan dijatuhkan hukuman mati yang sama," kesalnya.
Raja Ahmad berkata, insiden ini membuktikan sikap diktator rejim Abdul Fattah as Sisi yang mendapat dokongan Amerika Syarikat.
Beliau turut kesal dengan kerajaan negara-negara Islam di rantau Teluk yang berdiam diri membiarkan kezaliman di hadapan mata tanpa bantahan dan kecaman.
"Arab Saudi, UAE, Kuwait, Jordan dan lain-lain malah bersekongkol dengan rejim kudeta Mesir serta mempunyai sentimen kebencian mendalam yang sama terhadap Ikhwan Muslimin," ujarnya.
Pemuda PAS, tambah Raja Ahmad yakin bahawa hukuman mati yang diterima pemimpin Ikhwan Muslimin tidak akan mematikan perjuangan rakyat Mesir dalam menuntut keadilan.
Pemuda PAS juga mendesak kerajaan Malaysia mengutuk keputusan mahkamah Mesir, mengkaji semula hubungan diplomatik dengan negara tersebut dan menggesa negara-negara OIC bertindak tegas ke atas Mesir.
"Kezaliman rejim As Sisi perlu dihentikan dengan tindakan tegas dan berani pemimpin-pemimpin negara Islam," katanya.