Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hari menegaskan kawalan pengeluaran dan pengagihan air terawat di Selangor akan diletakkan di bawah satu syarikat sendiri.
Ia dapat dilakukan selepas industri itu diambil alih kerajaan persekutuan Barisan Nasional melalui Akta Industri Perkhidmatan Air, kata menteri besar Selangor itu.
Khalid berkata, operasi empat syarikat konsesi yang selama ini menguruskan air akan diambil alih dan diletakkan di bawah satu anak syarikat kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Pada permulaan proses pengambil alihan, Putrajaya dan Selangor akan menghantar pegawai KDEB menyertai pasukan Putrajaya yang akan “mengambil alih” operasi empat syarikat konsesi itu, katanya.
“Kerajaan persekutuan dan KDEB akan turut serta bersama-sama. Namun kerajaan persekutuan akan berdiri di belakang dan membiarkan KDEB menguruskannya (operasi air),” katanya di Galeri Shah Alam hari ini.
Khalid berkata, ia adalah perjanjian di antara Selangor dan Putrajaya bagi penstrukturan semula agar lebih menguntungkan dan mengatatasi masalah kurang efisien dalam industri air di Selangor.