Alif Mustapha
KAJANG - Rakyat seluruh negara termasuk golongan muda dihasut supaya mempertahankan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dipenjarakan sekalipun bertentangan dengan keputusan mahkamah.
Timbalan Presiden PKR Azmin Mohamed Ali turut menuduh kerajaan menerusi parti Barisan Nasional (BN) dan UMNO terpaksa menjadikan institusi kehakiman sebagai senjata untuk menzalimi Anwar.

"Kita tahu samada Najib, Rosmah, Mahathir atau Tun Daim tidak boleh lawan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya, samada dalam Pilihanraya Umum, Pilihanraya Negeri atau Pilihanraya Kecil, dia tahu insan yang bernama Anwar Ibrahim ini akan mencetus kepada rakyat untuk bangkit melawan kezaliman dan kemungkaran UMNO / BN. Bila tidak boleh lawan dalam peti undi, mereka guna mahkamah untuk jatuhkan hukuman ke atas Anwar Ibrahim.
"Saya ajak rakyat, anak muda bangkit, jangan benarkan walau satu hari pun jasad Anwar dipenjarakan oleh UMNO / BN," katanya dalam ucapan pada perhimpunan Reformasi 2.0 'Kembalikan Keadilan, Hentikan Kezaliman' di Stadium Kajang malam tadi.
Himpunan yang dihadiri 5,000 penyokong itu turut dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat PKR, Lim Kit Siang, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Khalid Samad dan ramai lagi.

Dalam masa sama jelas Azmin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak itu, negara bakal menyaksikan kebangkitan ribuan penyokong Anwar untuk berlawan menentang kerajaan BN bahkan memastikan parti lawan itu menerima kekalahan teruk pada Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menjelang hari pembuangan undi esok.
"Kita berhimpun untuk menyatakan sokongan dan dokongan kita kepada perjuangan pimpinan besar kita Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya telah tegaskan bahawa mereka boleh penjarakan satu Anwar Ibrahim tetapi puluhan ribu akan bangkit berlawan UMNO / BN.
"Anak muda ramai yang hadir hari ini petanda berakhirnya UMNO / BN. Kita kena bukan sahaja pastikan Wan Azizah (calon PKR) menang, saya doakan agar calon BN agar hilang wang pendahuluan mereka," tegas beliau.