Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tanpa fakta, media reka teori pelik kehilangan MH370, kata kolumnis

$
0
0

THE MALAYSIAN INSIDER


Eugene Robinson menolak sama sekali teori mengatakan kononnya MH370 disedut lohong hitam, hilang di Lautan Hindi seperti berlaku di Segi Tiga Bermuda dan mendarat di kepulauan yang tidak dapat dikesan dan mengatakan wartawan menulis tanpa disokong fakta adalah punca timbul banyak teori pelik mengenai kehilangan MH370. – Gambar fail.Eugene Robinson menolak sama sekali teori mengatakan kononnya MH370 disedut lohong hitam, hilang di Lautan Hindi seperti berlaku di Segi Tiga Bermuda dan mendarat di kepulauan yang tidak dapat dikesan dan mengatakan wartawan menulis tanpa disokong fakta adalah punca timbul banyak teori pelik mengenai kehilangan MH370. – Gambar fail.


































Pelbagai teori pelik kehilangan MH370 daripada media berpunca daripada fakta yang tidak dapat diperoleh daripada pesawat Malaysia Airlines tersebut, kata penulis kolum Washington Post.

Eugene Robinson menolak sama sekali teori mengatakan kononnya MH370 disedut lohong hitam, hilang di Lautan Hindi seperti berlaku di Segi Tiga Bermuda dan mendarat di kepulauan yang tidak dapat dikesan.


"Idea seperti ini adalah sama sekali tidak munasabah," kata beliau dalam kolumnya di Washington Post.

Menurut Robinson, wartawan menulis tanpa disokong fakta adalah punca timbul banyak teori pelik mengenai kehilangan MH370.

"Semua wartawan tahu, fakta penting dalam sesebuah cerita.

"Dalam kes ini, tiada sebarang fakta yang selari kecuali satu, pada 8 Mac sebuah pesawat membawa 239 penumpang hilang," kata Robinson.

Kehilangan MH370 juga bagi Robinson adalah suatu luar biasa, ia menyebabkan kabel berita berlumba-lumba untuk memberikan setiap inci laporan kepada orang ramai.

Robinson juga menyalahkan pihak berkuasa Malaysia kerana mengelirukan pengamal media dan orang ramai dengan kenyataan yang sering bercanggah.

"Mereka memberi terlalu banyak versi berbeza tentang fakta asas, bila kali terakhir hubungan dengan pesawat, ke mana pesawat tersebut sedang menuju dan sebagainya."

Pesawat Boeing 777-200 ER ketika hilang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dalam perjalanan ke Beijing, China daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Hari ini masuk hari ke-14 pesawat MH370 itu dicari dengan bantuan daripada 26 negara.

Pihak berkuasa dan penyiasat ketika ini masih bergelut dalam merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722