Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PKR bimbang IC disalahgunakan

$
0
0

 PKR bimbang IC disalahgunakanKapsyen: Choo Kiang (dua dari kanan) bersama kepimpinan PKR pada sidang media yang diadakan di Bilik Gerakan Utama Keadilan, Kajang, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI


KAJANG - Berbaki dua hari  tempoh  berkempen, PKR hari ini menyatakan kerisauan apabila mendakwa ada pihak tertentu cuba menyalahgunakan kad pengenalan pada Pilihan Raya Kecil (PRK)  Dun Kajang, Ahad ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Law Choo Kiang mendakwa timbul selepas beliau mendapat aduan daripada seorang 'makcik' yang mengatakan kad pengenalannya telah dibuat salinan dan nombornya direkodkan oleh seorang individu.


"Semalam kami ceramah di Taman Sepakat Indah ada seorang makcik mengadu kepada kami (perkara itu) tapi taktik ini sudah diketahui," dakwanya pada sidang media.

Choo Kiang menambah, taktik tersebut dikhuatiri bertujuan mempengaruhi keputusan parti tertentu Ahad ini.

"Ia OK kalau dalam kempen tapi saya nak beri amaran, ini berisiko tinggi. Ia dilakukan dalam program, acara makan malam, ceramah, cabutan bertuah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, taktik itu juga boleh dijadikan untuk menambah ahli hantu dalam sesebuah parti

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722