MALAYSIAKINI
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, Malaysia memerlukan golongan kaya yang mampu membayar cukai dan ia bukan kronisme walaupun sebahagiannya berstatus kawan.
Katanya, sejak British meninggalkan Malaysia pada 1957, Malaysia banyak menggunakan pendekatan ekonomi 'pragmatik'– bukan pasaran bebas atau sosialis – dan beliau menolak kritikan hanya mengayakan kelas elit sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
Mahathir berkata, kerajaan meminjam idea sosialis – menyokong langkah afirmatif untuk Melayu, penubuhan syarikat milik negara dan memberikan tanah – ia juga memberikan kebebasan kepada perniagaan.
Beliau memberikan ceramah kepada pusat kajian pembangunan dan kemiskinan di kampus induk Universiti Malaya di Kuala Lumpur.
Selepas ucapan bertajuk “Isu-isu kemiskinan dalam pembangunan ekonomi Malaysia” itu, peguam dan aktivis Haris Ibrahim bangun menyelar Mahathir.