Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tidak mahu kerajaan batalkan geran, UM batal ceramah penerangan liwat Anwar

$
0
0
OLEH HASBULLLAH AWANG CHIK


Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menghubungi pihak penganjur dan memberitahu bahawa Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor desak untuk batalkan program penerangan kes liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan untuk malam ini. – Gambar fail.Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menghubungi pihak penganjur dan memberitahu bahawa Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor desak untuk batalkan program penerangan kes liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan untuk malam ini. – Gambar fail. 


Gara-gara enggan berdepan risiko geran yang sedang dipohon ditolak kerajaan, satu sesi penerangan kes liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada malam ini di Universiti Malaya terpaksa dibatalkan, kata Mahasiswa Keadilan.

Presidennya, Haziq Abdul Aziz berkata sesi penerangan itu yang dijadualkan berlangsung di Fakulti Sastera dan Sains Sosial malam ini terpaksa dibatalkan kerana menerima tekanan pihak kerajaan.

"Saya mendapat tahu perkara ini pada 7 petang semalam. Dekan Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menghubungi pihak penganjur dan memberitahu bahawa Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor desak untuk batalkan program itu.

"Sebabnya naib canselor takut kerajaan tidak memberi geran yang sedang dipohon sekarang dan menasihatkan Dr Redzuan untuk membatalkan program itu," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Dr Redzuan yang juga merupakan pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) sebelum ini banyak membentangkan hasil kajian berhubung pilihan raya dan yang terbaru berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Hasil kajian Umcedel sebelum ini sering dipertikaikan pihak tertentu, namun hasil dapatan mereka berhubung pilihan raya umum lalu hampir tepat seperti yang dijangka.

Haziq berkata program yang dianjurkan kunpulan pelajar Sisters in Movement itu membariskan ahli panelnya seperti Ketua Biro Guaman PKR Latheefa Koya dan Naib Presiden PKR N Surendran.

Katanya, meskipun menerima tekanan daripada pihak kerajaan, namun penganjuran sesi penerangan itu akan tetap diteruskan di lokasi yang lain.

"Kami tetap akan meneruskannya di tempat lain. Latheefa mencadangkan majlis berkenaan ditangguhkan ke minggu depan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur (KLCAH).

"Minggu lalu program itu dibuat secara tertutup di Fakukti Undang-Undang tetapi minggu ini ia dibuat secara lebih terbuka agar lebih ramai dapat datang," katanya.

"Kami terpaksa berdepan dengan tindakan universiti sebegini. Bila HEP dapat mengesannya, mereka beri amaran dan sebagainya.

Haziq berkata desakan untuk membatalkan program penerangan ini melihatkan sikap pilih kasih universiti apabila program yang akan dihadiri mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari ini dibenarkan untuk diadakan di kawasan universiti.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722