ANIS NAZRI
KUALA LUMPUR: Justeru, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, mempersoalkan sejauhmana kepekaan kerajaan bagi memastikan kuasa besar berkenaan tidak menggunakan undang-undang mahupun perjanjian tidak ditembusi begitu sahaja.
Bercakap ketika mengemukakan soalan tambahan, Ustaz Hadi berkata dalam perbincangan yang membabitkan kuasa besar dan kuasa kecil, sudah pasti negara kuasa kecil tidak memiliki daya saing yang tinggi dari segi ekonomi, sosio-politik yang membolehkan jaminan terpelihara.
"Dalam keadaan negara besar boleh menjadikan perjanjian dan undang-undang seumpama sarang labah-labah yang boleh ditembus begitu sahaja, kita bimbang jika kita terlibat hanya untuk melepaskan diri dari krisis ekonomi yang dilanda Barat.
"Dan ini banyak berlaku, dan sudah berlaku pelanggaran ini. Jadi sejauhmana kepekaan kerajaan terhadap perkara ini?" soal beliau, di Dewan Rakyat, hari ini.
Menjawab soalan tersebut, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamed, berkata segala perundingan yang dijalankan mengambilkira kepentingan negara biarpun ia melibatkan negara kuasa-kuasa besar dan kuasa kecil.
"Berkaitan kuasa besar atau kecil ini, kita tidak boleh ubah kerana ia ada yang besar, ada yang kecil dari segi keluasan dan sebagainya. Yang kita boleh ubah ialah agar negara menjadi lebih maju dan kaya.
"Soal kuasa besar dan kecil ini tidak relevan, tapi dalam mana-mana perundingan ada dua pihak yang akan ada untuk mengambilkira kepentingan negara," tegas beliau.
Dalam pada itu, Presiden PAS itu juga mempersoalkan sejauhmana penglibatan perjanjian TPPA ini dengan kerajaan negeri, khususnya negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.
Bagi soalan tersebut, Mustapha berkata kerajaan mengambil maklum tentang kuasa kerajaan pusat dan kuasa kerajaan negeri seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Katanya, perkara berkaitan kuasa kerajaan negeri seperti perhutanan, alam sekitar dan sebagainya telah dipersetujui bersama tiada sebarang campur tangan dari kerajaan pusat.
Sebelum itu, Ustaz Hadi dalam soalan asalnya meminta kementerian menyatakan perkembangan terkini perundingan TPPA yang disertai Malaysia.
TPPA kini sudah berada di peringkat akhir perbincangan, di mana melibatkan menteri-menteri sendiri, termasuk Mustapha bagi memutuskan beberapa perkara yang masih belum selesai.
Antara perkara yang masih belum diputuskan ialah berkaitan akses pasaran, perolehan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, alam sekitar, buruh, hak harta intelek dan pelaburan, khusus pertikaian pelaburan.