Oleh Naeem Raffi
Gambar Asri Sapfie
SEJAK belasan tahun Richard Ngumbang Anak Pillip, seorang pemuda Iban dari Kampung Tutus Batang Igan, Sibu, Sarawak, sudah mencacah tubuh termasuk tangannya dengan tatu.
Ini kerana bertatu adalah tradisi suku Iban iaitu masyarakat Dayak terbesar di Sarawak.
Ia sebenarnya melambangkan identiti dan status yang mengkelaskan kedudukan kumpulan masyarakat atau sesuatu kaum.
Namun, Islam menegah umatnya bertatu dan mengkelaskan budaya seumpama itu. Ia berdasarkan hadis sahih:
“Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)
Malah, Majlis Fatwa Kebangsaan menerusi muzakarahnya pada 2009 secara jelas memutuskan, hukum pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu dari kalangan umat Islam adalah haram.
Hal itu sedikit sebanyak ia merisaukan Richard Ngumbang yang baru memeluk Islam Februari lalu.
Namun, beliau tetap cekal beribadah.
Malah, kerap solat berjemaah di masjid sekalipun berdepan kemungkinan ibadahnya dipertikai segelintir umat Islam yang tidak mahir hukum hakam lantaran tatunya.
“Saya harap keadaan saya (bertatu) ini tidak dipersoal umat Islam khususnya ketika berjemaah di masjid. Jika ada pertanyaan mengenai tatu ini, saya bersedia menjelaskannya,” katanya.
Richard Ngumbang melafaz kalimah memeluk Islam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dalam upacara ringkas seusai solat Jumaat, Februari lalu.
Proses pengIslaman itu diketuai Pegawai Pemudahcara dan Perhubungan dari Islamic Outreach ABIM (IOA), Khalid Abdul Samad.
Dalam soal tatu, Khalid berkata mualaf bertatu sebelum memeluk Islam bukan suatu kesalahan di sisi Islam dan tidak wajar dihukum kerana mereka belum Islam ketika melakukan ‘dosa’ itu.
“Contoh, Saidina Umar pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup sebelum pengIslamannya. Selepas memeluk Islam, kesalahan itu tidak dihukum. Sama seperti isu mualaf bertatu ini,” katanya.
Mengikut Khalid, orang Islam sekalipun bukan mualaf yang bertatu tetapi menyesal dan bertaubat dari perbuatan itu tetapi tidak berupaya menghilangkannya dengan cara selamat, tetap boleh melakukan ibadat.
Ternyata, Islam itu agama yang mudah. Tidak memberatkan umatnya bersesuaian dengan fitrah manusia baik dalam hal aqidah, syariat, ibadah, muamalah, kehidupan mahupun hukuman.
Dalam erti kata lain, Islam bukan agama yang menyulitkan umatnya sepertimana firman Allah s.w.t
“.. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..” (surah al-Baqarah ayat 185)
Dan, inilah antara faktor yang menambat hati Richard Ngumbang kepada Islam.
Kesederhanaan dalam semua aspek dan gaya hidup membuatkan beliau tertarik untuk memeluk Islam.
“Tidak kira mereka senang atau dalam musibah, semuanya dirujuk kepada Allah dengan berdoa selepas solat.
“Bila saya tanya, jawapan mereka: Allah sentiasa ada untuk kita dalam apa jua keadaan dan doa adalah usaha terakhir selepas kami berusaha,” katanya.
Pesanan itu teguh di hati Richard Ngumbang atau nama Islamnya, Amizan seiring langkahnya ke masjid walau tatu masih di tubuh.