HARAKAHDAILY
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan semua pihak dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri berharap SAR berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
"Kita juga berharap agar rakyat jangan membuat spekulasi terhadap mana-mana anak kapal atau penumpang kerana ini hanya akan menyukarkan keluarga mereka yang sedang mengalami suasana sukar ketika ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pesawat berkenaan yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 malam Sabtu, 8 Mac. - Bernama