Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Jerebu berulang saban tahun, kerajaan tidak serius tangani

$
0
0

Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR - Masalah jerebu yang teruk melanda negara bukan satu fenomena baru dan berulang saban tahun hingga menyebabkan kesihatan rakyat terancam.

Pengerusi Biro Alam Sekitar KEADILAN, Lee Chean Chung berkata, kerajaan dilihat gagal dan tidak serius menangani masalah itu yang berlarutan sehingga kini.

jerebu

“Sangat menyedihkan apabila kerajaan bersikap sambil lewa dalam menyelesaikan masalah ini, sedangkan kita tahu masalah jerebu ini satu ancaman kesihatan serius kepada rakyat.

“Ini masalah berulang yang setiap tahun, namun kerajaan seolah-olah tiada pelan nasional bagi mengatasi masalah ini. Dalam keadaan sekarang sesuatu patut dilakukan bagi menjamin kesihatan rakyat,” jelas Lee.

Lee yang juga  ADUN Semambu, Pahang berkata, kerajaan seharusnya bersikap lebih proaktif menangani kemelut itu.

“Setiap tahun kita hadapi masalah ini, kerajaan seperti tiada kesungguhan politik membendungnya, penguatkuasaan lemah, keselamatan dan kesihatan rakyat juga seolah-olah tidak diambil berat.

“Ini sangat malang untuk rakyat negara ini. Kerajaan tiada pilihan lain selain segera cari jalan penyelesaian kepada masalah ini kerana rakyat sudah muak dengan kelemahan kerajaan,” tegas Lee.

Jerebu yang melanda negara kini semakin serius dan memuncak tambah lagi tiada langkah-langkah efektif lebih diambil kerajaan dalam menghadapi masalah tersebut.

Bacaan IPU di Pelabuhan Klang di dalam daerah Klang ialah 233 (sangat tidak sihat) pada 6 petang semalam, tetapi meningkat kepada paras berbahaya 352 setakat 7 pagi tadi.

Manakala IPU di Banting di daerah Kuala Langat ialah 189 (sangat tidak sihat) semalam dan meningkat kepada 316 (berbahaya) hari ini. Pada Jun tahun lalu masalah jerebu berulang menyebabkan Singapura dan Malaysia terjejas teruk.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722